Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Mercu Tanda Merdeka dan Persembahan Keluarga Malaysia Memeriahkan Konvoi Merdeka Machap Jaya

By 31 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salina Hasan/Hafizul Adzahari (Alor Gajah)

MACHAP JAYA, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Selain aktiviti berkonvoi yang merupakan acara tahunan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Pertandingan Mercu Tanda Merdeka dan Persembahan Keluarga Malaysia adalah aktiviti terbaru komuniti tersebut dalam memeriahkan suasana Bulan Kebangsaan tahun ini.

Melalui program ini mesej mengajak orang ramai mengibarkan bendera di rumah masing-masing dapat disebarkan secara terus kepada masyarakat lapangan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka merangkap Ahli DUN Machap Jaya Ngwe Hee Sem, pertandingan-pertandingan yang telah dirancang sebulan awal merupakan satu kesepakatan yang dibuat bagi menceriakan kawasan dengan kibaran Jalur Gemilang di setiap lokasi hentian mewakili Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam DUN Machap Jaya.

“Selain itu bagi acara Persembahan Keluarga Malaysia berjaya memaparkan situasi harmoni bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama,” ujar beliau ketika ditemui di sini yang turut menyertai konvoi dengan menaiki motorsikal.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Pertandingan Mercu Tanda Merdeka dan Persembahan Keluarga Malaysia.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda