Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

‘Merdeka Museum Ride’ Simbolik Rai Kemerdekaan Negara ke-65

By 28 Ogos 2022Ogos 29th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 28 Ogos  (Malaysiaaktif) – ‘Merdeka Museum Ride’ anjuran Jabatan Muzium Malaysia Labuan yang disertai 65 buah motosikal pelbagai jenis menjadi simbolik kepada sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 tahun.

Menurut Pengarahnya Rohana Husin, program itu bagi menzahirkan rasa kesyukuran dan kebanggaan dengan keamanan yang dikecapi negara sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

“65 buah motosikal mengelilingi Pulau Labuan sambil mengibarkan Jalur Gemilang sekaligus menyemarakkan lagi perasaan untuk menyambut Hari Kebangsaan yang akan disambut tidak lama lagi,” katanya selepas menyertai program itu di sini, semalam.

Bagi seorang peserta, Awgku Zulaihi Awgku Osman, 35, merasa berbangga dapat menyertai program itu kerana boleh mencungkil semangat patriotisme sambil mengikis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap kumpulan penunggang motosikal.

Sementara itu, seorang lagi peserta Asim Manchin, 53, begitu teruja menjayakan program tersebut kerana dapat memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan negara selain boleh merapatkan hubungan sesama penggiat aktiviti permotoran di pulau itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda