Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Merdeka@Komuniti Gelorakan Patriotisme Warga FELDA

By 24 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Shaikh Mohamad Fikri Shaikh Ismail

SETIU, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Merdeka@Komuniti FELDA Chalok Barat dapat mengelorakan lagi semangat patriotisme dalam kalangan warga FELDA khususnya di FELDA Chalok Barat.

Menurut Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia FELDA Chalok Barat Suharmizi Hamzah masyarakat di sini sentiasa menanti sambutan Bulan Kemerdekaan setiap tahun untuk menyemarakkan lagi sambutan tersebut dengan memastikan setiap rumah mahupun blok komuniti dipasang Jalur Gemilang.

“Justeru Program Merdeka@Komuniti yang dianjurkan ini menambahkan lagi semangat masyarakat setempat dalam memastikan sambutan bulan kemerdekaan tahun ini disambut meriah setelah pandemik COVID-19 melanda negara sejak beberapa tahun ini,”katanya.

Program tersebut dirasmikan oleh Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Jabatan PeneranganTerengganu Mohd Othman Abu Bakar di sini semalam.

Turut hadir Ketua Peneroka FELDA Chalok Barat Mahadi@Matya Mohamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda