
Laporan/foto: Taufiq Firdaus Md. Nor
BESUT, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Keghairahan rakyat negara ini menganjurkan aktiviti kemerdekaan semakin mendapat perhatian menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-65 yang bakal diraikan di seluruh negara pada 31 Ogos 2022 ini.
Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kampung Kayu Kelat dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kayu Kelat turut menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan tersebut.
Gabungan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit menganjurkan sambutan Bulan Kemerdekaan ternyata meriah dan mendapat sambutan penduduk setempat.
Pengerusinya, Ahmad Suazli Mohamed berkata program dengan pengisian acara sukaneka yang berlangsung di taman perumahan kampung berkenaan membangkitkan semangat kesukanan dan kejiranan dalam kalangan peserta.
Katanya, lebih 200 peserta termasuk kanak-kanak, wanita dan golongan usia emas mengambil bahagian dalam 25 acara sukaneka yang dipertandingkan.
“Menerusi aktiviti sukaneka itu pihaknya banyak mengenengahkan acara sukan tradisional sebagai usaha untuk menarik minat golongan remaja.
-ZS-