Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Merdeka@Komuniti Membangkit Jiwa Patriotisme Semua Lapisan Masyarakat

By 8 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Azlan Man berkata Jabatan Penerangan (JaPen) kini sedang melaksanakan pelbagai aktiviti di peringkat komuniti bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Beliau mengajak semua pihak bersama-sama menyusun program-program untuk menyemai semangat patriotisme dan cinta negara terutama dalam kalangan generasi muda Keluarga Malaysia.

“Program Merdeka@Komuniti ini bukan sahaja dapat menunjukkan komitmen masyarakat setempat bagi menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan tetapi ia juga membakar semangat patriotisme rakyat untuk sentiasa teguh bersama,” ucapnya.

Merdeka@Komuniti di Peringkat Negeri Perlis akan diadakan di 45 buah Komuniti Keluarga Malaysia dengan pengisian pelbagai program menarik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda