Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Muzium Cafe Tarikan Peminat Barangan Antik

By 13 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azimee Abdullah/Salawati Mat Shariff

BALIK PULAU, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Barangan antik bukan dinilai pada wang semata-mata tetapi koleksi yang mencecah usia ratusan tahun, lebih-lebih lagi jika ia tiada ‘pendua’.

Haizul Yahaya, 52, pengumpul barangan antik dari Kampung Sungai Rusa, di sini berkata beliau bukan sekadar mengumpul barang-barang antik malah menjadikannya sebagai pendapatan sampingan.

Haizul berkata tawaran dan nilai yang tinggi terhadap barangan antik membuatkan beliau mendapat idea untuk membuka restoran ala barat yang berkonsepkan muzium mempamerkan barangan antik.

“Pelbagai koleksi barang antik yang ada dalam simpanan saya bukan sekadar tertumpu pada barangan tertentu sahaja sebaliknya ianya mempunyai nilai sejarah, cerita dan nostalgia tersendiri,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda