Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Orang Ramai Digalakkan Guna Pengangkutan Awam ke Perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka

By 23 Ogos 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/Facebook Bernama Radio

PUTRAJAYA, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Orang ramai digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam bagi menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka bagi mengelak kesesakan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh, pengangkutan awam akan memulakan operasi seawal 4 pagi pada 31 Ogos.

“Sebanyak 18 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi laluan kepada program sambutan Hari Kebangsaan.

“Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Damansara (arah ke Bangsar), Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu (arah Selayang), Jalan Kinabalu (arah Cheras), Jalan Kinabalu (Bulatan Dato Onn), Jalan Kuching, Bulatan Dato Onn (dari Jalan Parlimen), Bulatan Dato Onn (dari Jalan Sultan Salahuddin), Jalan Tun H. S. Lee, Jalan Gereja, Jalan Hang Kasturi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Bunus 6.

“Pada 26 Ogos Jalan Sultan Hishamuddin dan Jalan Raja akan ditutup untuk memberi laluan kepada raptai skeleton,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Jendela Fikir : ‘Keselamatan dan Kelancaran Hari Kebangsaan 2022’ di Bernama Radio, pagi tadi.

“Pada 27 hingga 29 Ogos raptai penuh akan dijalankan dan semua laluan menghala ke Jalan Raja, Jalan Travers ke arah Dataran Merdeka, Jalan Damansara dari arah Seremban Highway, susur ke Jalan Travers dan Jalan Damansara dari arah Parlimen menghala ke Bangsar akan ditutup.

“Seramai 175 pegawai dan anggota polis akan membuat pemantauan dan kawalan di setiap persimpangan penutupan jalan pada hari berkenaan.

“Saya harap pengguna jalan raya akan bekerjasama merancang perjalanan pergerakan untuk ke pejabat atau mana-mana destinasi pada hari tersebut dan mematuhi arahan pihak Polis Kuala Lumpur,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda