Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pasukan Menembak Terengganu Dirai dalam Misi Kekalkan Kejuaraan di SUKMA XX

By 30 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norma Mohd Noor/Alizan Sulong

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Kontijen dan Pasukan Menembak Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu yang akan berjuang melaksanakan misi mengekalkan kejuaraan di SUKMA XX, diraikan oleh Primula Beach Hotel di Majlis ‘Hi-Tea’ yang diadakan di sini semalam.

“Primula Beach Hotel merupakan perintis kepada program ini yang bakal diikuti oleh beberapa premis hotel, kafe dan kedai makan yang lain,” kata Pengurus Besar Suhaibah Harun.

“Program sebegini merupakan salah satu peluang terbaik bagi menterjemahkan obligasi sosial syarikat dan pengusaha kepada masyarakat negeri ini khususnya warga sukan Negeri Terengganu,” katanya.

Pasukan Menembak Sukma Terengganu terdiri daripada 10 atlet lelaki dan 10 atlet wanita kini sedang giat berlatih di Lapang Sasar Gong Kuin, Tok Jembal, Kuala Nerus dengan bimbingan tiga orang jurulatih yang diketuai oleh Nazihan Harun.

SUKMA XX akan diadakan di Kuala Lumpur bermula 18 hingga 23 September ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda