Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pelan Kesiapsiagaan Bencana Komuniti Perkasa Tindak Balas Masyarakat Hadapi Bencana

By 29 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelan Kesiapsagaan Bencana Dalam Komuniti mampu memperkasa tindak balas masyarakat dalam menghadapi kemungkinan berlakunya bencana.

Ketua Kampung Tanjung Adang Mohamad Izwan Abdul Talib berkata banyak kebaikan diperolehi daripada program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru ini seperti pendedahan mengenai teknik ikhtiar hidup yang boleh digunakan semasa berlakunya sesuatu bencana.

“Pada program ini kami juga telah diberi taklimat mengenai kepentingan penyediaan ‘grab bag’ atau beg kecemasan dan juga kaedah melaksanakan ‘Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)’ dengan betul.

“Diharap dengan pengalaman ini penduduk kampung akan lebih bersedia jika berlakunya sesuatu bencana seperti kebakaran hutan yang pernah berlaku beberapa tahun dahulu dan ditambah dengan kedudukan kawasan ini yang berdekatan dengan tapak industri berisiko tinggi,” katanya di sini baru-baru ini.

Hadir sama Dr Badrul Hisham dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Penghulu Mukim Tanjung Kupang Mohamad Faiz Mohd Pandi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda