
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 28 OgosĀ (Malaysiaaktif) ā Pemansuhan peperiksaan berpusat seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membuka peluang kepada para pelajar melakukan pelbagai aktiviti menyerlahkan bakat masing-masing.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Dr Ahmad Rafee Che Kassim peperiksaan menjadi perkara yang terlalu fokus hingga aspek-aspek pembangunan insan yang kita ingini tidak dapat ditonjolkan.
āApabila kita berjaya alihkan fokus daripada peperiksaan semata-mata kepada pembelajaran, maka kita nampak bakat anak-anak kita semakin terserlah,ā jelasnya semasa merasmikan Hari Terbuka Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, di sini semalam.
Tambahnya, semua pihak tidak perlu bimbang dengan pemansuhan peperiksaan berpusat kerana perkara itu diputuskan sendiri oleh warga pendidik profesional yang memahami program atau dasar pendidikan yang lebih baik.
-ZS-