
Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)/BERNAMA
IPOH, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Penghakiman yang telus menggambarkan sistem keadilan yang berwibawa dan tidak dibayangi dengan perasaan gusar dan gentar pada sesiapa.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah hakim merupakan watak penting dan mempunyai peranan besar dalam memastikan kredibiliti dan kewibawaan institusi kehakiman.
“Dalam usaha mewujudkan Institusi Kehakiman Syariah yang berkredibiliti dan berwibawa, pegawai-pegawai kehakiman perlu dari semasa ke semasa diberi latihan, dilengkapi kemahiran dan didedahkan dengan pengalaman agar pengetahuan mereka, begitu juga kecekapan mereka mentafsir undang-undang dan Hukum Syarak dapat ditingkatkan.
“Usaha menambah baik sistem kehakiman syariah dan memperkasakan Mahkamah Syariah hendaklah terus dirintis,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Jurnal Syariah Perak al-Qanun Vol. 1 2022 di Casuarina@Meru, di sini pagi tadi.
-ZS-