
Laporan/foto: Zayana Isa/Dayana Bahazelan
KUANTAN, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Rata-rata pengunjung sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur merasa teruja untuk menyaksikan perbarisan dan perarakan kali ini.
Salah seorang pengunjung yang ditemui Nor Al-Izdiani Yusof, 34, dari Taman Seri Inderapura merasa gembira kerana berpeluang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.
“Setelah dua tahun tiada sambutan seperti ini, saya rasa begitu teruja dan seronok tambahan pula ini kali pertama saya bawa anak yang berusia enam tahun untuk menyaksikan hari bersejarah ini,” katanya.
Seramai 5,000 orang dianggarkan membanjiri Padang Kemunting, di sini hari ini bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
-ZS-