
Laporan/foto: Norhasliza Hamzah (Segamat)
SEGAMAT, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menyasarkan sebanyak 81 penyertaan dari perpustakaan desa menyertai Program Dariku Untukmu bagi menyemarakkan minat membaca masyarakat terutama di kawasan luar bandar.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata, “program ini dijangka melibatkan 1,620 pelajar dari sekolah rendah dan menengah dan akan berlangsung sehingga penghujung bulan September.”
“Program ini berkonsepkan pinjaman buku-buku dari koleksi perpustakaan desa kepada murid di sekolah yang terpilih dalam kategori golongan B40 secara berfasa,” tambahnya lagi.
-ZS-