Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Cintai Denai Wujud Kesedaran Pelihara Sungai

By 19 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Izati (Kuala Kangsar)

SUNGAI SIPUT, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Cintai Denai Sungai Perak Sejahtera mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang keperluan penjagaan sumber air dan usaha untuk mengurangkan risiko bencana seperti banjir dan kemarau.

Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Zulhisham Ahmad menyeru semua pihak berkepentingan agar memberi perhatian dan mengambil tindakan yang berterusan demi memastikan pengurusan sumber air negeri dapat dilaksanakan secara lestari bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

“Rakyat harus sedar bahawa sungai yang kotor akan menyebabkan hidupan akuatik di dalamnya terjejas dan tercemar.

“Justeru, marilah kita bersama-sama menjaga kualiti air sungai kita”, katanya ketika berucap merasmikan program tersebut di Sungai Korbu Kampung Perlop 1, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda