Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Pengisian Rohani Tonggak Utama Ummah

By 22 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot

KUALA NERUS, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Program-program kerohanian berkonsepkan pengisian ilmiah menjadi pilihan utama oleh sebahagian penduduk di sekitar negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Hishamuddin Abdul Karim berkata program-program yang berbentuk Islamik seperti Halaqah Ilmu Bulanan, Bicara Ilmiah, Forum Bicara Empat Penjuru serta program pemantapan ilmu tajwid diketengahkan kepada masyarakat di sini.

“Pengisian program ini dijadikan sebagai program rutin di kawasan DUN masing-masing. Program ini dirancang dan dilaksanakan mengikut giliran di masjid ataupun surau setempat,” katanya ketika berucap di dalam program Zikir Al-Ma’Thuraat di Surau Taman Perumahan Gong Badak, di sini semalam.

“Program seperti ini akan memberikan impak dan mampu membentuk karakter ummah yang lebih berakhlak, bermaruah dan berbudi bahasa seiring teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat,” katanya.

“Saya mengharapkan program ini dapat mendekati orang ramai dengan penuh kasih dan sayang. Siapa lagi yang boleh membantu masyarakat kalau bukan golongan agamawan dan asatizah yang begitu banyak manfaatnya kepada kita semua,” katanya mengakhiri ucapan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda