
Laporan/foto: Norazura binti Abdul Latif (Petaling)
SERDANG, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Pertanian Bandar merupakan program yang dapat membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan.
Menurut Pengerusi Tabika Kemas Permata Wawasan, Muhd Zaidani bin Muhammad Abd Latib pertanian bandar yang diusahakan di perkarangan Tabika Kemas Permata Wawasan ini berkonsepkan tiga dalam satu iaitu tanaman bergantung, tanaman fertigasi dan tanaman sayuran kontan.
“Antara tanaman yang diusahakan ialah tanaman terung bulat, terung mini, kacang panjang renek, bendi, strawberi, sawi, salad dan kailan,” katanya ketika ditemui dalam program Merdeka@Parlimen Puchong, dekat sini hari ini.
Program tersebut dirasmikan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
-ZS-