Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Sempena Hari Kebangsaan 2022 KRT Kg. Bukit Kuang, Kijal

By 19 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin/ KRT Kg Bukit Kuang (Kemaman)

KEMAMAN, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Sempena Hari Kebangsaan 2022 KRT Kg Bukit Kuang telah berlangsung di Balairaya Bukit Kuang, Kijal hari ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan hias kek merdeka, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata  dan pemeriksaan pap smear.

Menurut Pegawai Perpaduan Daerah Kemaman Apandi Husin, 43, “Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara, ianya bertujuan untuk membina dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama”.

Program ini mendapat sambutan dari komuniti setempat. Melalui program ini mereka mencuba bakat dengan menghasil kek merdeka.

Selain itu, penduduk yang mengalami masalah penglihatan, boleh  mendapat potongan harga jika ingin membuat cermin mata.

Turut hadir Pengerusi KRT Kg Bukit Kuang, Ahmad Rostam Mohamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda