Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pupuk Perpaduan, Rai Kemerdekaan

By 29 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarinah Ahmad/Andi Abdul Rohim (Manjung)

PANTAI REMIS, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Arena Sehati Sejiwa Kampung Matang Acheh menyaksikan kemeriahan Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) dengan acara menarik disertai penduduk daripada pelbagai peringkat umur, di sini semalam.

Menurut Ketua KKM Kampung Matang Acheh Haji Hasan Ismail, pelbagai acara diatur bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat khususnya belia.

“Semangat perpaduan dalam meraikan Bulan Kebangsaan perlu dirai dengan hati yang ikhlas demi negara tercinta,” ujarnya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu Datuk Haji Abd Manaf Hashim menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada KKM dan Jabatan Penerangan (JaPen) atas penganjuran program yang cukup bermakna dan meriah.

“Saya menyeru semua penduduk untuk sentiasa bekerjasama ke arah membina Perak Sejahtera menjelang tahun 2030,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda