Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Rakyat Malaysia Bersolidariti Kibar Jalur Gemilang

By 29 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Muhamad Zikri Wan Kamis

BESERI, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis perniagaan ataupun kenderaan adalah solidariti yang dizahirkan rakyat bagi meraikan sambutan kemerdekaan negara.

Demikian ungkapan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Ruzaini Rais di Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Taman Angsana yang berlangsung di sini pagi semalam.

“Perjuangan orang-orang dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan bukanlah perkara yang mudah. Hayati dan kenangilah agar kita dapat suburkan semangat cintakan negara dan tanah air sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Beliau juga mengingatkan kepada semua yang hadir supaya sentiasa membuat semakan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda