Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sakit Derma Darah Hanyalah Mitos

By 18 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Pelapor/foto: Norhasirah Deris (Marang)/RA Othman

MARANG, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Kerja Raya Daerah Marang dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) telah menganjurkan kempen derma darah yang berlangsung di Dewan Seminar JKR, Marang semalam.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) Mohd Syamil Ikmal, “kempen seperti ini adalah platform terbaik untuk orang ramai tampil menderma darah kerana dengan sumbangan mereka ini menjadi saluran menyelamatkan banyak nyawa apabila berlaku kemalangan atau situasi yang memerlukan gantian darah”.

Bagi seorang perderma baru, Mohamad Zahari Mat Zain, 58, dari Kg Seberang Marang yang juga merupakan salah seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya Daerah Marang meluahkan rasa bimbang sebelum menderma darah kerana sering mendengar kata orang,  menderma darah ini sangat menyakitkan.

“Saya sebenarnya sangat takut untuk ke sini kerana sering mendengar cerita daripada orang lain yang menderma darah ini sangat menyakitkan. Namun, selepas saya merasanya sendiri barulah saya tahu ianya tidak sakit pun. Ternyata sakit derma darah ini hanyalah mitos bagi menakut-nakutkan orang ramai,” katanya setelah selesai menderma darah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda