
Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya/Nor Juliana Jamri (Hulu Langat)
AMPANG, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat bersama-sama Komuniti Keluarga Malaysia sekitar Parlimen Ampang telah mengadakan Program Merdeka@Komuniti di empat lokasi, di sini semalam.
Noor Sazarina Mohd Noor mewakili Pegawai Penerangan Daerah Hulu Langat berkata Program Merdeka@Komuniti hari ini di diadakan di empat lokasi iaitu Flat Bandar Baru Ampang, Pangsapuri Lembah Permai Lembah Jaya, Pangsapuri Ampang Campuran, dan Pangsapuri Ampang Mewah.
Program ini melibatkan tiga buah Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) iaitu KKM Bukit Antarabangsa, KKM Bukit Antarabangsa 2 dan KKM Ampang.
“Program ini dilaksanakan bagi merapatkan hubungan di antara komuniti dengan agensi kerajaan sekali gus menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.
“Penyerahan dan pemasangan serta edaran Jalur Gemilang di lakukan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan pelbagai kaum. Orang ramai menyambut baik Program Merdeka@Komuniti yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia,” katanya lagi.
-ZS-