
Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim/Akammah G.Subramaniam (Klang)
KLANG, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Belia Peringkat Daerah Klang 2022 telah diadakan pada hari ini di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini setelah dua tahun negara dilanda pandemik COVID-19.
Menurut Pegawai Daerah Klang Tuan Shahman Jalaludin, Sambutan Hari Belia pada hari ini menggambarkan kepentingan golongan belia sebagai aset dalam proses pembangunan negara.
Sementara itu, menurut Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Klang Mohd Hilmi Dahlan, tema ‘Masa Kita’ telah diilhamkan oleh belia sendiri bagi mengingatkan betapa pentingnya masa muda dan perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya pameran dari pelbagai jabatan/agensi, senaman aerobik, pertandingan nyanyian lagu patriotik, serta terdapat gerai-gerai jualan bagi memberi peluang kepada usahawan menjana pendapatan.
-ZS-