Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sambutan Hari Kebangsaan Kembali Meriah di Sabah

By 31 Ogos 2022September 1st, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nazri Ramshah Abdul Basah

KOTA KINABALU, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan meriah disambut di Padang Merdeka, Kota Kinabalu dengan kehadiran orang ramai yang hadir seawal enam pagi, hari ini.

Antara yang menarik perhatian pengunjung, sebanyak 86 kontinjen yang mewakili beberapa agensi kerajaan, institut pendidikan tinggi serta beberapa persatuan etnik suku kaum di Sabah menyertai perarakan masuk ke padang itu dengan warna-warni pakaian masing-masing.

Jonis Rumijan, 53, antara yang hadir memeriahkan sambutan dengan menyertai perbarisan bagi Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah bersama 35 ahli lain.

Beliau yang mengikuti perbarisan sempena Hari Kebangsaan buat kali ketiga berkata, persiapan dan latihan dilakukan lebih kurang dua minggu selepas jemputan diterima oleh persatuan mereka agar kelengkapan dapat disediakan dengan baik.

Sementara itu, turut kelihatan adalah ibu bapa yang hadir membawa anak-anak menyaksikan kemeriahan sambutan seperti Nuril Ezielia, 35, yang datang bersama keluarganya.

“Anak-anak rasa teruja melihat persembahan sepanjang acara berlangsung setelah sekian lama tidak melihat acara sebesar ini,” kongsinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda