
Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Pengukukan institusi kariah dalam sesebuah komuniti terutamanya dalam Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia amat penting dalam memastikan semua lapisan masyarakat teguh bersama menghadapi setiap cabaran dan halangan yang tiba.
“Kekuatan sesebuah komuniti itu bermula dari usaha mengimarahkan kariah samada melalui aktiviti keagamaaan mahupun riadah.
“Di sini saya melihat aktiviti kemerdekaan merupakan cara yang sesuai membentuk kesepaduan dalam masyarakat,” ujar Penyelaras Surau Angga Bisa Hilir Mahadi Abdul Razak ketika ditemui di sini semalam.
Tambah beliau gabungan aktiviti keagamaan dan rekreasi dapat membentuk jiwa yang merdeka dalam memastikan negara sentiasa aman dan bersatu padu.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah kehadiran Duta Ubat Komuniti, Kuiz Kenegaraan dan Pertandingan Mewarna Patriotik Keluarga Malaysia yang menyaksikan penyertaan yang menggalakan dari penduduk sekitar Angga Bisa dan Cheriau.
-ZS-