Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

SK Membedai Anjur Pelbagai Aktiviti Meriahkan Bulan Kebangsaan

By 18 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/SK Membedai

LABUAN, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan (SK) Membedai menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Menurut Guru Besar SK Membedai, Mohamed Al Ghaffar Mohamed Maidin pelbagai bentuk acara yang menarik dijalankan sehingga 16 September depan yang turut akan melibatkan semua warga sekolah terutama murid-murid, guru-guru serta kakitangan sekolah.

“Pelbagai bentuk bendera Jalur Gemilang menghiasi pekarangan sekolah bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan murid dan warga sekolah.

“Turut diadakan perarakan Jalur Gemilang, pertandingan busana kebangsaan, pertandingan mewarna, mendeklamasi sajak, basikal berhias, pertandingan kelasku patriotik dan juga pertandingan suara Malaysia.

“Rata-rata murid menzahirkan riak wajah yang teruja dan gembira kerana dapat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini bersama rakan-rakan sekelas di sekolah secara bersemuka walaupun Malaysia masih bergelut dengan masalah global iaitu pandemik COVID-19,”katanya ketika ditemui semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda