Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

STPM 2021: 874 Calon Cemerlang, 584 Daripadanya Golongan B40

By 18 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BANDAR BARU SELAYANG, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Lebih separuh daripada 874 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 yang mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 merupakan golongan B40.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Professor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata bilangan calon yang mendapat PNGK 4.0 ini telah meningkat sebanyak 133 calon, iaitu daripada 741 calon pada tahun 2020 kepada 874 calon pada tahun 2021.

“PNGK Nasional STPM 2021 ialah 2.79 meningkat sebanyak 0.01 mata berbanding tahun  2020 (2.78),” katanya ketika pengumuman keputusan STPM  202, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ekhwan yang juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, secara keseluruhan pencapaian calon STPM 2021 dianggap masih sama dengan pencapaian calon 2020 kerana perbezaan yang sangat kecil.

“Hanya sebanyak 0.01 mata dan peebezaan peningkatan ini tidak menggambarkan signifikan yang besar kepada pencapaian calon STPM 2021 berbanding calon tahun 2020,” katanya.

Menurutnya, calon-calon STPm 2021 boleh mendapatkan slip keputusan melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai 12 tengahari hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda