
Pelapor/foto: Mohd Shazreen Suradi/Haliza Mohd Taib
MUAR, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Komuniti Keluarga Malaysia Bakri Batu 5 dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Muar telah menganjurkan Program Merdeka @Komuniti iaitu Semarak Merdeka ‘Sukan Rakyat’ di Padang Maktab Rendah Sains Mara, Bakri, di sini semalam.
Ahli Dewan Undanga Negeri Bukit Naning Datuk Haji Fuad Tukirin berkata sukan rakyat berjaya menyatupadukan pelbagai kaum di Mukim Bakri menerusi program tesebut.
“Acara sukan rakyat dipilih kerana sangat sesuai berikutan sukan yang dianjurkan adalah permainan tradisi sejak turun temurun dan saya percaya sukan ini turut dimainkan oleh pelbagai kaum tanpa mengira agama,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian.
Menurut Penghulu Mukim Bakri, Mohd Saujana Basemu program seperti ini perlu diadakan saban tahun dan tidak hanya terhenti setakat ini saja kerana dapat mengeratkan silaturrahim penduduk di Mukim Bakri yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India selain dapat menyemai rasa cintakan tanahair dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
-ZS-