Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tabika Kemas Taman Perling Perhentian Terakhir di Parlimen Pulai

By 22 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Kawasan Dean Undangan Perling menjadi lokasi terakhir Kembara Keluarga Malaysia Merdeka@Komuniti Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru bagi Parlimen Pulai yang telah diadakan bermula 1 Ogos 2022 lalu.

Menurut Timbalan Komuniti Keluarga Malaysia Taman Perling Abdul Halim Tabika Kemas Taman Perling dipilih menjadi destinasi kunjungan terakhir Kembara Keluarga Malaysia pada kali ini.

“Pelbagai pengisian telah diatur antaranya penyerahan bendera Jalur Gemilang, pertunjukan pakaian beragam kanak-kanak, pertandingan mewarna, nyanyian lagu-lagu patriotik dan juga simbolik penanaman pokok bunga oleh Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru Norhasiswana Rasion selaku ketua konvoi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Turut yang hadir Pengerusi Tabika Kemas Taman Perling Raja Mohd Kamarizan Raja Mohd Khalid, Ahli Jawatankuasa Komuniti Keluarga Malaysia Taman Perling dan kakitangan sekolah tabika.

-ZS-

Tinggalkan komen anda