Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Uniti Fun Run Meriahkan Sambutan Bulan Kemerdekaan

By 22 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizul Adzhari

ALOR GAJAH, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Melaka menganjurkan Karnival Semarak Uniti Keluarga Malaysia Teguh Bersama Peringkat Negeri Melaka 2022 yang diadakan di Dataran Keris Alor Gajah, di sini baru-baru ini.

Karnival berlangsung serentak di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti diadakan antaranya Uniti Fun Run sejauh 5km, Kuiz Nenegaraan, pertandingan mewarna si cilik selain dan pameran pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan, Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, program tersebut mampu memupuk semangat persefahaman dan muhibah antara masyarakat pelbagai kaum ke arah merealisasikan aspirasi Keluarga Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri.

“Kementerian Perpaduan Negara akan memperbanyak dan mempelbagaikan program-program yang dapat memupuk keharmonian masyarakat melalui aktiviti yang dilaksanakan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda