Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Yayasan Mohamed Noah Sumbang Dua Buah Bas Klinik Kesihatan Bergerak Untuk UITM

By 28 Ogos 2022Ogos 29th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abassalimi Mohamad

KLUANG, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Yayasan Mohamed Noah telah menyumbang dua buah Bas Klinik Kesihatan Bergerak kepada Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Majlis penyerahan berlangsung di Dewan Muafakat Simpang Renggam dekat sini disempurnakan oleh Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.

Onn Hafiz Ghazi berkata sebagai permulaan, kemudahan ini akan memanfaatkan orang ramai di kawasan Layang-Layang, Machap, Kahang dan Paloh.

“Kedua-dua klinik bergerak ini dilengkapi dengan peralatan moden berteknologi tinggi bernilai RM1.9 juta dan dikendalikan oleh 19 kakitangan termasuk pakar perubatan keluarga dan pakar perubatan am bertauliah, yang akan bertugas secara berkala setiap bulan.

“Program ini juga sedang diteliti untuk diperluaskan ke kawasan-kawasan lain bagi mendekatkan lagi perkhidmatan kesihatan kepada lebih ramai rakyat Johor pada masa akan datang.

“Penduduk boleh mendapatkan rawatan perubatan am atau bagi masalah kesihatan akut dan kronik di bus yang diberi nama ‘Dalam Kenangan – Abu Rais bin Tan Sri Mohd Noah,” katanya.

Sementara itu, rawatan pergigian pula boleh didapati di bus yang diberi nama ‘Dalam Kenangan – Datin Fakhriah binti Tan Sri Mohd Noah’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda