
Laporan/foto: Suriani Ghazali (Perak Tengah)
BOTA, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 700 peserta mewakili 25 kontinjen kawad kaki dan lapan kontinjen kenderaan mewarnai Perarakan Semarak Hari Malaysia Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota di sini baru-baru ini.
Perarakan ini diadakan sempena Sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September saban tahun.
Seawal jam 8.30 pagi, kesemua kontinjen berarak dari Sekolah Kebangsaan Bota melalui pentas hormat di hadapan Pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bota dan berakhir di Dewan Dato’ Ahmad Hambal, di sini.
“Ini merupakan perarakan yang julung kali diadakan namun sambutan yang diterima daripada penduduk setempat amat menggalakkan.
“Kita berharap selepas ini acara ini dapat dianjurkan secara tahunan di peringkat daerah pula,” ujar ADUN Bota Khairul Shahril Mohamed ketika menyampaikan ucapan perasmiannya.
-ZS-