
Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)
REMBAU, 1 Sep (Malaysiaaktif) β Percikan bunga api dengan laungan merdeka sebanyak tiga kali membuatkan 300 orang yang hadir di Sekolah Kebangsaan Salak Nama di sini kelmarin teruja meraikan sambutan Ambang Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia.
Pelbagai acara menarik diadakan seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan pakaian beragam busana tradisional, pertandingan gubahan bunga dan kain tuala dan sebagainya.
Menurut Pengerusi Persatuan Kompang Seni Anak Kampung Ibrahim Ghani kehadiran penduduk berbilang kaum pada malam itu amat luar biasa kerana mereka datang bersama keluarga dan anak-anak untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara ke-65.
βIni amat baik kerana mereka menunjukkan sokongan terhadap aktiviti Merdeka@Komuniti yang dilaksnakan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Salak Nama dan Pejabat Penerangan Rembau,” katanya.
Detik 12 malam diserikan dengan menaikkan Jalur Gemilang diiringi nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.
-ZS-