
Laporan/foto: Azreen Ahmad (Jasin)
JASIN, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Muhammad Nor Hafizzudin, 26, yang merupakan pembeli rumah teres mampu milik di Bandar Botani Parkland tidak menyangka beliau menerima hadiah cabutan bertuah sebuah kereta.
“Saya tidak menyangka rezeki saya hadir pada hari ini dengan memenangi sebuah kereta.
“Rasa syukur dan gembira atas rezeki yang tidak disangka, ini merupakan rumah pertama saya yang saya beli berikutan harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu RM180 ribu seunit,” katanya.
Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada sidang media selepas meninjau beberapa unit rumah contoh termasuk bagi projek Rumah Mampu Milik (RMM) di bandar tersebut di sini semalam kerajaan negeri sedang merancang membangunkan sebanyak 45,064 Rumah Mampu Milik (RMM) di seluruh negeri Melaka bagi tempoh lima tahun akan datang.
-ZS-