Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Bergelumang dalam Bendang Meriahkan Sukan Rakyat

By 20 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria/Nurul Wahida Md Noor

PERMATANG PAUH, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Setelah dua tahun tidak dapat mengadakan program bersama masyarakat setempat akibat pandemik COVID-19, Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kampung Tanjung Putus di sini baru-baru ini telah mengadakan Program Merdeka@Komuniti kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Menurut seorang penduduk Zulkifli Mohd Said, 52, sukan rakyat dalam bendang sebegini dapat menarik penyertaan dan sekaligus memberi peluang kepada generasi muda untuk menghayati hidup sebagai seorang petani.

“Walaupun hadiah tidak seberapa nilainya, tapi keseronokan dan kepuasan bermain bersama-sama rakan sungguh mengujakan,” katanya.

Turut hadir Penasihat Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Penaung KKM Parlimen Permatang Pauh Datuk Haji Mohd Zaidi Mohd Said.

-ZS-

Tinggalkan komen anda