Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Ikan Baung Ekor Merah Jadi Rebutan Pemancing

By 6 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham/Mohd Jefry Ibrahim

JERANTUT, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 300 kilogram Ikan Baung Ekor Merah berjaya ditangkap dalam Pertandingan Moh Buru Baung Ekor Merah di Kampung Jerantut Feri, di sini baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pengarah Perikanan Negeri Pahang, Muhammad Nur Ashry Bassari, ikan baung ekor merah ini berasal dari Sungai Mekong, Vietnam dan merupakan sejenis ikan air tawar kategori pemangsa agresif yang antara paling berbahaya di dunia kerana memangsa hampir semua jenis ikan dan hidupan lain di habitatnya.

Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Merdeka@Parlimen dan kerjasama Pejabat Perikanan Negeri Pahang dan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Haji Nazlan Idris turut hadir bagi menyemarakkan semangat bulan kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

-ZS-

Tinggalkan komen anda