
Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Mohd Afiq Raduan (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Bertemu Pelanggan 2022 Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan yang diadakan di sini pada 27 dan 28 September lalu memberi impak yang baik kepada masyarakat luar bandar.
“Program ini dilaksanakan sempena Hari Imigresen ke 100 Tahun pada 21 Julai lalu yang bertujuan memudahkan rakyat membuat permohonan secara dalam talian melalui sistem ePLSI, Lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (ePLKS) dan passport,” kata Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Kennith Tan Ai Kiang ketika ditemui di sini baru-baru ini.
“Sebelum ini telah diadakan di Jelebu dan Tampin. Kuala Pilah adalah daerah yang ketiga sebelum berakhir di Seremban.
“Jabatan Imigresen amat berterima kasih kepada Yang Teramat Mulia (YTM) Undang Luak Johol, Dato Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Dato Hj Mohamed bin Hj Abdullah atas kesudian bersama-sama kami menjayakan program selama dua hari iaitu 27 dan 28 September 2022.
“Dua orang pengunjung bertuah Dr Ishak Shaifuddin Ibrahim dan Ab Halim Shah Ab Aziz turut menerima pasport baharu mereka yang diserahkan sendiri oleh YTM Undang Luak Johol,” katanya.
-ZS-