
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah/Jabatan Kerja Raya (Larut Matang dan Selama)
BATU KURAU, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Projek jalan baharu dari Kamunting ke Anak Kurau memasuki fasa kedua pembinaan dijadual siap pada 2025.
Pembinaan fasa pertama melibatkan jajaran jalan sepanjang 2.3 kilometer yang mula dibina pada 2012 menelan kos sebanyak RM6.5 juta.
Menurut Pengarah Kerja Raya Negeri Perak, Ir. Haji Hamdan Ali, pembinaan fasa kedua melibatkan jajaran sepanjang 6.6 kilometer menghubungkan jalan dari Kampung Anak Kurau ke Laluan A7 (Jalan Taiping-Selama) di kawasan Kamunting.
“Projek bermula pada 26 Julai 2022 ini dijadualkan siap pada 25 Julai 2025,” tambahnya ketika ditemui di Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Projek Membina Jalan dari Kamunting ke Anak Kurau, di sini baru-baru ini.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
-ZS-