Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajaya

Keluarga Malaysia Menjiwai Semangat Patriotisme Tinggi

By 17 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak/Zaidy Salim (Putrajaya)

MELAKA, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan luar biasa pelbagai lapisan masyarakat di Banda Hlir di sini malam ini menjadi saksi rakyat menjiwai semangat patriotisme yang sangat tinggi.

“Saya amat terharu dengan kehadiran luar biasa Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa, agama, budaya dan usia pada malam ini.

“Kehadiran Keluarga Malaysia bersama anak-anak kecil membanjiri Dataran Pahlawan pada malam ini membuktikan Keluarga Malaysia menjiwai semangat patriotisme yang sangat tinggi,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Menurut Ismail lagi buat julung kalinya, sambutan Hari Malaysia dianjurkan di luar Sabah dan Sarawak.

“Pemilihan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir Melaka kali ini, sudah tentunya mengimbau kembali lipatan sejarah tanah air kita.

“Sesungguhnya, sejarah perjalanan bumi bertuah ini penuh dengan lembaran yang berwarna-warni. Sebagai tanah yang pernah dijajah, hari ini Malaysia berdiri utuh sebagai sebuah negara yang aman, makmur, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong sebagai Payung Perpaduan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda