Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kerajaan Komited Bantu Rakyat Depani Kos Sara Hidup

By 1 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Kerajaan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup dan inflasi semasa yang melanda seluruh dunia.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias antara langkah penting yang diambil adalah penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) dan peruntukan subsidi kepenggunaan lebih RM77 bilion.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) juga katanya mengambil pelbagai pendekatan membantu meringankan kos sara hidup rakyat khasnya di Labuan.

“Contohnya pada April lalu 1.25 juta telur ayam dan 42,500 paket minyak masak dihantar menerusi lima kali penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijual dengan harga lebih rendah setelah mendapat subsidi daripada KWP.

“Terbaharu, menerusi Program Jualan Rakyat MYGrocer@Wilayah KWP memberikan kadar subsidi bersasar sebanyak RM3 bagi pembelian seekor ayam (super) manakala RM0.50 subsidi bagi 10 biji telur ayam yang memanfaatkan kira-kira 19,000 penduduk kumpulan B40 di Labuan selama tempoh enam bulan dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM399,000,” katanya semasa merasmikan Semarak Gemilang dan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda