
Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid/M.Khairulnizam (Rembau)
REMBAU, 12 Sep (Malaysiaaktif) – “Saya akan sentiasa membantu dan memastikan penduduk Rembau mendapat pembelaan termasuk mereka yang sakit dan memerlukan bantuan”.
Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata demikian dalam ucapan perasmian program Merdeka@Parlimen Rembau anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang di Balai Raya Kampung Sri Kendong, di sini semalam.
“Hari ini dalam fasa endemik kita dapat berkumpul beramai-ramai dan meraikan sambutan Merdeka dalam suasana ceria. Setelah dua tahun dalam fasa pandemik, lihatlah hari ini kita menjayakan aktiviti sambutan kemerdekaan.
“Ramai yang hadir hari ini untuk melibatkan diri dalam acara yang disediakan. Syabas diucapkan kepada pihak penganjur,” katanya.
Pelbagai aktiviti melibatkan masyarakat setempat serta pameran bersepadu pelbagai agensi kerajaan diadakan sempena program tersebut.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong Dato Zaifulbahri Idris dan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan Za’aba Hj Abu Bakar.
-ZS-