Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Konvoi Semarak Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Bawa Masej Cinta Negara

By 5 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

DURIAN TUNGGAL, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 100 buah motosikal menyertai Konvoi Semarak Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia DUN Durian Tunggal, semalam.

Sebanyak 12 chekpoint meliputi seluruh JPKK dalam DUN Durian Tunggal, membawa masej agar semangat patriotik terus disemarakkan dalam kalangan masyarakat.

Menurut ADUN Durian Tunggal, Zahari Kalil, lebih 100 peserta konvoi yang menyertai konvoi hari ini membabitkan 12 buah kampung dan agensi kerajaan.

“Saya berbangga atas semangat yang ditunjukkan, kita bersama menyemarakkan seluruh Durian Tunggal hari ini dengan jiwa membara patriotisme dan cintakan tanahair,” ujarnya.

Dalam pada itu, kehadiran peserta konvoi juga sebagai penilai pertandingan keceriaan kemerdekaan anjuran JAPERUN Durian Tunggal dan pemenang akan diumumkan pada sambutan Hari Malaysia yang bakal tiba.

-ZS-

Tinggalkan komen anda