Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Lagi Warga Emas di Bentong Terima Kad Kesihatan

By 6 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Izarina KMI/Muhd Syafiq Irman

BENTONG, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 388 warga emas di DUN Bilut dan Ketari untuk Fasa 2 menerima Kad Kesihatan Warga Emas Negeri Pahang.

Kad tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang YB Datuk Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak di Dewan Majlis Perbandaran Bentong pagi ini.

Menurut beliau, kad kesihatan ini adalah inisiatif dari kerajaan negeri sebagai tanda prihatinnya kepada golongan warga emas agar kebajikan mereka sentiasa terbela dan berada di tahap yang terbaik.

Kad kesihatan ini bernilai RM500 boleh digunakan oleh pesakit untuk menerima rawatan dan perubatan am di klinik-klinik panel yang berdaftar di seluruh negeri Pahang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda