Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

LIMA 2023 Bakal Promosi Produk Usahawan Langkawi

By 13 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin/Muhammad Azrin Mubin Halim (Langkawi)

LANGKAWI, 13  Sep (Malaysiaaktif) – Pulau Langkawi sekali lagi akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2023 (LIMA 2023) yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei 2023.

Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik Antarabangsa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Hanisan Hashim Abdullah semasa mempengerusikan mesyuarat di sebuah hotel di sini semalam berkata Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan akan berkerjasama erat dengan pemegang taruh bagi memastikan acara LIMA 2023 berlangsung dengan jayanya.

Penganjuran LIMA 2023 ini juga membuka ruang rezeki kepada pengusaha-pengusaha tempatan.

Seorang pengusaha produk coklat berherba tempatan Rosli Ahmad, 52, menzahirkan rasa amat bersyukur kerana terpilih untuk menjadi antara pempamer produk usahawan tempatan ketika penganjuran LIMA 2023 nanti.

“Saya berterima kasih kepada pihak penganjur yang akan membawa masuk produk-produk usahawan Langkawi di LIMA 2023 bagi mempromosikan kepada orang ramai terutama para pengunjung dari dalam dan luar negara,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda