
Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi/Muhd Naim Mohd Shaari (Jempol)
JEMPOL, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 500 orang telah hadir di Majlis Perasmian Karnival Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Jempol 2022 yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi RISDA Malaysia Datuk Seri Haji Mohd Salim Mohd Sharif yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Serting, di sini kelmarin kelmarin.
“Ini masa kita, masa untuk belia kita bangkit dan berdaya saing samaada dalam sektor ekonomi dan sebagainya.
“Generasi anak muda hari ini khususnya di daerah Jempol haruslah mempunyai inisiatif untuk meningkatkan penglibatan serta merebut peluang daripada lebih kurang 25 insentif khusus untuk golongan belia menerusi bajet 2022 seperti Jamin Kerja yg membuka peluang pekerjaan untuk mengatasi masalah pengangguran dan sebagainya,” katanya.
Menurut Mohd Salim lagi golongan belia juga boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
“Justeru itu dalam usaha untuk merancakkan lagi aktiviti sosio ekonomi pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk membina beberapa lokasi Dataran Niaga di daerah Jempol ini iaitu di kawasan Palong serta di Serting Hilir Kompleks,” katanya.
Antara pengisian pada majlis ini adalah persembahan selamat datang dari empat kaum utama didaerah jempol termasuk Orang Asli, pertunjukkan seni silat dan mempertahankan diri, futsal, senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran agensi, gerai jualan dan sebagainya.
-ZS-