
Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari
KUALA NERUS, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Program Merdeka@Komuniti disambut dengan meriah dengan penyertaan dari masyarakat pelbagai kaum menjadiakan sambutan tahun ini sangat luar biasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Taman Desa Jaya, Gong Pak Damat, Mohd Norizu Ismail@Muda, 47, berkata program merdeka di peringkat komuniti ini melibatkan pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India.
“Semangat patriotisme dikalangan masyarakat dizahirkan dengan penganjuran pelbagai aktiviti yang menarik dan bercorak kemerdekaan dijalankan sepanjang bulan kebangsaan ketika ini,” katanya ketika berucap di program Merdeka@Komuniti anjuran JPKK Taman Desa Jaya dan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus.
“Penglibatan urus setia daripada pelbagai bangsa membuktikan semangat Keluarga Malaysia di sini telah lama wujud,” tambahnya lagi.
Selain itu, Tan Suan Tan, 50, berkata beliau dan adiknya sering menjadi urus setia setiap kali program kemasyarakatan di kampung berkenaan dilaksanakan.
“Hampir 28 tahun saya menjadi sukarelawan di sini dan saya juga memastikan ahli keluarga yang lain berasimilasi dengan kaum yang lain di sini,” katanya ketika ditemui media semalam.
-ZS-