Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pemangku Raja Pahang Berkenan Berangkat ke Pusat Konservasi Harimau Malaya

By 8 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoff Irman/M. Yamuna

TEMERLOH, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan mencemar duli melawat Pusat Konservasi Harimau Malaya, Lanchang, di sini baru-baru ini.

Tengku Hassanal turut berkenan melawat dan melihat sendiri lima ekor Harimau Malaya yang menjadi perintis projek konservasi Harimau Malaya itu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam taklimat khas yang disampaikan beliau terdapat hanya 150 ekor harimau yang masih hidup di Malaysia.

Lawatan tersebut turut dihadiri Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyudin Hassan dan Menteri besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdi Wan Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda