Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pertandingan Memancing Tradisional di Mentakab Dapat Sambutan

By 6 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoff Irman/M. Yamuna

TEMERLOH, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Pertandingan Memancing Tradisional di Kampung Chatin, di sini baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir 300 peserta menyertai pertandingan yang dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2022.

Salah seorang peserta pertandingan Atan Nordin, 31, dinobatkan sebagai juara apabila berjaya menaikkan ikan keli seberat 858 gram yang membawa pulang hadiah berupa hamper dan juga wang tunai sebanyak RM400.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dan bersyukur atas kemenangan ini,” ujarnya.

Pertandingan yang menggamit memori silam hampir 500 orang pengunjung diadakan di sepanjang sungai Kampung Chatin yang mula dibanjiri pengunjung dan peserta seawal jam 7.30 pagi lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda