
Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)
SIMUNJAN, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Nancy Shukri merasmikan Majlis Pelancaran Logo Baharu Voluntourism bertempat di Padang Sentral Simunjan, semalam.
Antara pengisian yang dipamerkan kepada hadirin majlis adalah Projek Seni Awam melalui Balai Seri Negara bagi pembangunan tiga buah karya yang dihasilkan oleh pelukis tempatan dengan kerjasama sukarelawan yang terdiri daripada pelajar sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
“Saya yakin tiga Projek Seni Awam Baharu ini akan memberi nilai tambah kepada Daerah Simunjan untuk diketengahkan sebagai sebuah destinasi pelancongan domestik yang kaya dengan nilai seni, budaya dan tradisi yang tersendiri,” katanya.
-ZS-