Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

R.I.S.E Perkasakan Peniaga Kecil Terpinggir

By 25 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Program Reach Independence & Sustainable Entrepreneurship (R.I.S.E) memfokuskan usaha memperkasa dan menyediakan latihan keusahawanan kepada peniaga kecil terpinggir.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias program itu memberikan latihan berkala meliputi topik praktikal dalam menjalankan perniagaan seperti analisis pelanggan, perancangan operasi, strategi lautan biru, strategi jualan dan pengurusan kewangan.

“Antara pendekatan yang diperkenalkan adalah Service-Learning Malaysia – University For Society (SULAM) di mana ianya merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha memberi nilai kepada bakal graduan menyampaikan ilmu dan berkongsi permasalahan yang dihadapi komuniti sekeliling.

“Peserta program mendapat manfaat pengalaman pembelajaran dan kemahiran keusahawanan secara holistik dengan pihak akademia dan industri, sambutan para peserta bagi setiap modul adalah positif dan menggalakkan,” katanya semasa merasmikan Majlis Malam Penghargaan dan Anugerah Keusahawanan R.I.S.E, di sini semalam.

Program tersebut adalah di bawah kendalian Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Yayasan Maybank dan People System Consultancy Sdn Bhd yang menyediakan pelbagai aktiviti pembangunan bagi memperkasa komuniti B40 di pulau itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda