
Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Aktiviti sukarelawan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat hari ini dan salah satu agensi yang menawarkan khidmat sukarela ialah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Menurut Pegawai RELA Daerah Kuala Pilah Abdul Azim Mahyudin, ramai yang masih belum tahu mengenai fungsi dan peranan anggota RELA dalam masyarakat.
“Mereka menganggap tugas anggota RELA hanya tertumpu menjaga lalu lintas sahaja. Sebenarnya anggota RELA turut memberi khidmat bakti kepada masyarakat tanpa mengira kaum sama ada ketika bencana alam, kemalangan dan sebagainya secara sukarela.
“Hari ini kami mengambil peluang berkongsi maklumat tersebut bersama masyarakat India di daerah Kuala Pilah dan turut mengingatkan agar sentiasa berwaspada dengan tawaran peluang pekerjaan secara dalam talian atau bersemuka yang mungkin merupakan satu penipuan,” katannya ketika ditemui di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah, di sini baru-baru ini.
-ZS-